Nenek saya pernah bercerita. Dia adalah seorang penari ballet sejak berusia 7 tahun..



..dan dia telah meraih banyak anugerah dalam pelbagai pertandingan tarian ballet..

Tarian ballet telah menjadi pekerjaan nenek. Nenek pandai lakukan..

..berdiri atas ibu jari..


..berpusing atas angin..


..dan mengembangkan kaki atas angin..

Sekarang..nenek saya terlalu tua untuk menari ballet..
Susah juga untuk menghentikannya!!

Lihatlah gambar nenek saya yang terkini..


o.O

Pada suatu petang, Pak Ali membeli ikan keli di sebuah kedai. Pak Ali membawa pulang ikan keli itu untuk disiang oleh Mak Hawa.

Mak Hawa: Eh, bapak nye. Napa beli ikan yang masih hidup ni?

Pak Ali: Apa pulak bezanya?

Mak Hawa: Ikan yang hidup ni susah nak disiang. Bergerak-gerak lagi ni.

Pak Ali : Apa susahnya, rendam je kepala ikan tu kat dalam air, lemas la ikan tu nanti.

Mak Hawa: O.o

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??”

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…

Pengajaran : Cakap biar terang, bak kata-kata dalam filem P Ramlee………

spot

alone or be with

alone or be with
Powered by Blogger.

Labels

Followers